Kenapa tetap ‘Cute Mute’ walaupun Berpuasa?

Laksa, Mee Bandung, Roti John, Briyani, Air Katira, Air Bandung..... Semuanya HMMM SEDAP.
Di bulan Ramdhan memang mudah untuk kita mendapatkan berbagai makanan yang lazat-lazat dan minuman yang UUMMPHHH untuk hidangan membuka selera sewaktu berbuka puasa.... Pergi sahaja ke Bazaar Ramadhan di Geylang, Woodlands, Kandahar Street dan lain-lain lagi. Pasti juadah Ramadhan 'berselerak'di setiap penjuru,. Mereka yang rambang mata sudah tentu akan terperangkap untuk membeli semua yang sedap dilihat dan tentunya sedap di makan tanpa memikirkan kadar kalori makanan.
Di bulan Ramadhan sepertimana di bulan-bulan lain kita semestinya menjaga permakanan. Makanan sihat dan seimbang seharusnya diutamakan pada bulan Ramadhan untuk kekal sihat, cergas dan menawan bukan ikut selera nafsu. Jika diet makanan kita terlampau banyak yang berminyak, bersantan dan berlemak, pasti berat badan kita akan naik. Ini kerana semasa berpuasa, pembakaran tenaga (metabolic rate) dalam tubuh kita lembab. Mentelah lagi, kita ada berbagai alasan untuk bersenam di bulan puasa.
Jika kita makan dua kali ganda dibandingkan dengan hari tidak berpuasa dan malas bersenam kerana rasa tidak terdaya..... pasti apabila Hari Raya nanti, berat badan semakin bertambah!!!
Ikut hati.. mati..
Ikut nafsu.. lesu..
Ikut rasa.. binasa..








